Saturday, March 26, 2011

Permainan Matematik

a)      Apakah permainan matematik

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada  banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Permainan matematik adalah teknik yang digunakan menggunakan alat mainan matematik yang bersesuaian dengan umur.  Semua permainan Matematik ini boleh membantu kanak-kanak anda menggemari Matematik. Kanak-kanak akan mempelajari lebih banyak melalui aktiviti permainan dan bukanlah melalui aktiviti pengajaran pengulangan. Permainan matematik mengubah persepsi kanak-kanak bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah dan membosankan. 

            Permainan Matematik adalah alat mainan Matematik yang boleh membantu murid-murid memahami konsep Matematik seperti asas Matematik, nombor, bentuk , saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Berdasarkan kajian proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain. Permainan Matematik memberi peluang  untuk menjadikan minat terhadap Matematik berakar umbi dalam diri mereka yang secara tidak langsung meningkat penguasaan dan kemahiran dalam asas Matematik seperti campur, tolak, darab dan bahagi.

            Setiap permainan Matematik yang dibina mempunyai peraturan yang mudah dan mempunyai fakta operasi tertentu.Sekiranya murid-murid menguasai kemahiran tersebut, peluang mereka untuk memenangi permainan Matematik tersebut adalah tinggi. Permainan Matematik juga melatih murid menguasai sesuatu kemahiran dengan cepat kerana pada dasarnya permainan Matematik mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menang atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat. Permainan Matematik ini baik untuk kanak-kanak dan juga dapat memeriahkan suasana dalam kalangan orang dewasa. Permainan Matematik juga boleh menjadikan kanak-kanak kelihatan seperti seorang pakar Matematik di depan kawan-kawannya sekiranya mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau memenangi permainan tersebut.
            Permainan Matematik merupakan kaedah untuk guru-guru menguji tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran dan sebagai kaedah untuk aktiviti pengukuhan bagi murid yang cerdas dan aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah.


b)      Mengapa perlu permainan matematik
Ilmu Matematik amat penting dalam kehidupan  dan amat penting kita menanamkan minat murid terhadap Matematik kerana selain daripada ia merupakan senaman untuk minda, dan tidak beku untuk berfikir, ilmu Matematik juga dapat memudahkan amalan hidup seharian. Orang yang mudah menguasai Matematik biasanya adalah seorang yang kreatif kerana mereka berupaya menyelesaikan Matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka.
Pada peringkat kanak-kanak iaitu empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling merangsang perkembangan otak mereka. Semasa peringkat ini , kanak-kanak mudah menerima apa yang diajar kepada mereka.  Pada usia tujuh hingga dua belas tahun iaitu semasa dalam alam persekolahan, mereka perlu diajar dengan operasi asas Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Di sekolah pelbagai teknik pembelajaran yang digunakan supaya kanak-kanak ini dapat menguasai sesuatu kemahiran seperti pecahan, peratus, statistic dan sebagainya. Pada peringkat ini teknik permainan Matematik amat berguna supaya persepsi mereka terhadap Matematik akan berubah aripada mata pelajaran yang susah dan membosankan kepada mata pelajaran yang mudah dan sangat menyeronokkan.
Permainan Matematik amat perlu digunakan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran supaya dapat mencorakkan serta memberi kesan kepada perkembangan mental kanak-kanak. Perkembangan ilmu yang bermula dari rumah akan memberi kesan besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut. Semasa di rumah teknik permainan Matematik membantu kanak-kanak menguasai ilmu itu dengan cara yang sangat berkesan. Untuk mengubah persepsi kanak-kanak supaya suka dan minat dengan Matematik adalah bermula dari rumah. Desakan dan amalan latih tubi dalam Matematik telah menjadikan kanak-kanak fobia terhadap Matematik dan sentiasa beranggapan tanpa latih tubi latihan Matematik dan tanpa tumpuan yang tinggi terhadap mata pelajaran tersebut akan menyebabkan kegagalan.
Aktiviti permainan Matematik yang dijalankan secara spontan adalah untuk faedah kepada diri sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina  ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.
 
     Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental  di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
     Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.

No comments:

Post a Comment